PROFILE TOKOH
Umur : 54 tahun (Januari 1961)
Warganegara : Malaysia
Nilai harta kekayaan : US$1.2 Bilion (2014)
Ibu bapa : Tun Mahathir Mohamad
Siti Hasmah Mohamad Ali
Sumber Kekayaan : Perniagaan gas dan minyak
Status : Berkahwin dan memiliki 5 orang anak
SIFAT TERPUJI DALAM DIRI TOKOH :
Setiap usahawan yang ingin berjaya dalam sesuatu yang akan
diusahakannya haruslah memiliki beberapa ciri yang akan membantu mereka
mencapai matlamat yang diimpikan. Setiap usahawan atau ahli perniagaan
hanya mengimpikan kejayaan yang berterusaan di samping memperoleh
pendapatan daripada apa yang diusahakan. Terdapat banyak ciri dan sifat
positif yang membantu usahawan sepanjang mereka membina karier mereka. Bagi
individu yang memasang impian untuk bergelar status usahawan berjaya
tetapi masih belum bersedia dan belum melengkapkan diri dengan
sifat-sifat seorang usahawan bakal menemui kegagalan dalam penceritaan
usaha mereka. Untuk menjadi
seorang usahawan yang berjaya tidaklah susah tetapi jika mereka
mengambil mudah mengenai disiplin mereka maka mereka akan susah untuk
mengecapi kejayaan seperti usahawan-usahawan lain.
Salah satu sifat yang harus dimiliki oleh seorang individu yang
bergelar usahawan ialah sikap ingin tahu dan ambil tahu. Rasa ingin tahu
adalah sifat naluriah yang dimiliki manusia sejak lahir. Rasa ingin
tahu juga merupakan salah satu mekanisme pertahanan hidup manusia. Dari
rasa ini manusia memiliki kencenderungan untuk mengetahui hal yang belum
diketahui sebelumnya. Tokoh
usahawan yang menunjukkan sifat ingin tahu yang amat mendalam ialah Tan
Sri Mokhzani Mahathir. Tan Sri Mokhzani Mahathir, yang berusia 52
tahun warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah
SapuraKencana Petroleum pada 9 Disember 2011 sebagai Pengarah Bukan
Eksekutif Bukan Bebas dan Naib Pengerusi. Beliau juga adalah ahli
Jawatankuasa Imbuhan SapuraKencana Petroleum.
Tan Sri Mokhzani sudah mula menunjukkan minat terhadap bidang
petroleum ini sejak dari kecil lagi. Semangat dan minat terhadap sektor
ini ditunjukkan apabila beliau menyambung pembelajarannya dan berjaya
menamatkan ijazahnya dalam Bachelor of Science in Petroleum Engineering
di University of Tulsa, Oklahoma, U.S.A. Jadi melalui latar belakang
pendidikan yang dimiliki oleh tokoh usahawan ini, sudah jelas
menunjukkan bahawa beliau mahir dan memiliki minat yang mendalam dalam
bidang petroleum. Rasa ingin tahu
terhadap alam petroleum ini menggerakkan tokoh ini suatu masa dahulu
untuk mendapat pendidikan dalam bidang yang diminatinya itu. Tambahan
pula Tan Sri Mokhzani mendapat sokongan penuh oleh seluruh ahli
keluarganya.
Setelah berjaya menamatkan pendidikannya, Tan Sri Mokhzani memulakan
kariernya dalam bidang petroleum. Pengalaman yang diperoleh sepanjang
kariernya dalam bidang petroleum ini memotivasikannya untuk menubuhkan
sebuah syarikat dan bekerja sendiri. Sifat
keusahawanan yang tertanam dalam diri beliau tertonjol apabila beliau
menubuhkan sebuah syarikat pelaburan bernama Kencana Capital Sdn Bhd
yang berniaga dalam bidang Oil and Gas service provider, IT, automotif dan
hartanah. Syarikatnya bertambah maju dan sifat ingin tahu dalam dirinya
membuatkan beliau merasakan beliau perlu membuatkan penyilidikan yang
lebih jauh untuk mengembangkan perniagaan yang telah
dipeloporinya. Beberapa langkah telah diambil beliau dalam memenuhi rasa
ingin tahunya itu. Beliau bnyak belajar dari syarikat yang berada dalam
aliran yang sama dengannya.
Tan Sri Mokhzani telah menemui beberapa tokoh yang terkenal salah
seorang darinya ialah bapanya sendiri iaitu mantan Perdana Menteri
Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendapatkan beberapa info dan
mengetahui apa langkah yang terbaik yang harus diambil beliau dalam
mengecapi apa yang diimpikannya. Setelah selesai penyelidikannya, Tan Sri
Mokhzani memutuskan syarikat miliknya Kencana Petroleum harus membuat
pergabungan dengan syarikat lain demi mematangkan perniagaannya. Beliau
memutuskan untuk bergabung dengan syarikat SapuraCrest pada tahun 2012
dan menghasilkan SapuraKencana iaitu sebuah syarikat Oil and Gas Service
Provider terbesar di Malaysia.
Komitmen yang diberikan oleh Tan Sri Mokhzani dalam perniagaan ini
lama kelamaan telah menaikkan statusnya dalam perkongsian ini. Beliau
telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah SapuraKencana Petroleum
pada sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas dan Naib Pengerusi.
Beliau juga telah dilantik menjadi ahli Jawatankuasa Imbuhan
SapuraKencana Petroleum. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi
Jawatankuasa Pilihan dan ahli Jawatankuasa Imbuhan Kencana Petroleum. Tan
Sri Mokhzani memulakan kerjayanya pada tahun 1987 sebagai jurutera
operasi wellsite dengan Sarawak Shell Berhad, bekerja luar pesisir
Sarawak pada kapal penggerudi bantuan tender penggerudian. Beliau
meletak jawatan pada tahun 1989 untuk mencari peluang perniagaan di
Kuala Lumpur. Dengan melabur dalam Tongkah Holdings Berhad (
disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur ketika itu), dia memulakan
langkah baru dalam pembuatan komponen , sektor penjagaan kesihatan
minyak dan gas, kewangan dan . Beliau memegang jawatan sebagai Ketua
Pegawai Eksekutif Kumpulan Pantai Holdings Berhad ( penjagaan kesihatan)
dan Ketua Kumpulan Eksekutif Tongkah Holdings Berhad (minyak dan gas,
kewangan ). Latihan penjualan pada tahun 2001 melihat dia melepaskan
semua jawatan dan ekuiti dalam syarikat-syarikat ini. Dia mendirikan
Kencana Capital Sdn Bhd (" Kencana Capital “) sebagai sebuah syarikat
pegangan pelaburan pada tahun yang sama.
Kesimpulannya, dalam mencipta nama sebagai seorang usahawan yang berjaya kita seharusnya memiliki sifat-sifat yang akan menjadi penggerak
kepada diri untuk mencapai tahap itu. Sifat
ingin tahu dan ingin mempelajari sesuatu yang baru amatlah penting
dalam membawa seseorang usahawan itu dari tangga bawah hinggalah ke
takuk yang paling tinggi. Salah
satu kata-kata yang selalu menjadi pegangan kepada tokoh usahawan ini
ialah ‘jika anda malas mengambil tahu,maka anda akan ketinggalan dan
tidak akan pernah maju’. Tan Sri Mokhzani merupakan individu yang wajar
dijadikan ikon oleh anak muda yang ingin memulakan perniagaan serta
berazam untuk menjadi seorang usahawan yang mampu menempa nama di
peringkat antarabangsa.